Tarikh   : 13 Januari 2018

 Masa    : 8.30 Pagi - 5.30 Petang

 Lokasi  : Pusat Internet 1 Malaysia Lundu

 Peserta  : 17 Orang

 

Tujuan

Seramai 17 orang peserta telah menyertai bengkel ini dan antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada peserta berkaitan teknik yang betul dalam asas videografi dan cara untuk menghasilkan video yang betul dan menarik.

 

Aktiviti

Para peserta diajar asas untuk mengambil dan membuat video berdasarkan modul Skrip To Screen yang diberikan oleh pihak SKMM. Para peserta juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka telah diberikan satu tajuk iaitu mengenai Pusat Internet 1 Malaysia. Bengkel ini juga sekaligus menarik minat dan mencungkil bakat para pelajar dalam membuat video.