Taman Negara Gunung Gading Lundu
Taman Negara Gunung Gading berada di kawasan hutan hujan bergunung-ganang, kira-kira dua jam dari Kuching, iaitu berdekatan Lundu, bandar kecil di barat daya Sarawak. Taman Negara Gunung Gading mempunyai tarikannya yang tersendiri iaitu Bunga Rafflesia bunga terbesar di dunia. Selain itu, Taman Negara Gunung Gading juga merupakan salah satu tempat yang terbaik di Asia untuk melihat bunga Rafflesia berkembang. Di samping itu, Taman Negara Gunung Gading meliputi kawasan seluas 4,196 hektar dan diwartakan pada 1983 bagi mewujudkan zon pemuliharaan bagi tumbuhan itu yang hampir pupus.Selain bunga Rafflesia, Gunung Gading mempunyai tarikan lain seperti kawasan bukit-bukau, air terjun dan periuk kera. Pelawat boleh sampai ke taman yang terletak kira-kira 120 kilometer dari Kuching dengan mengambil masa hampir dua jam perjalanan melalui jalan raya.
Town Square Lundu
Selamat Datang ke Town Square Lundu, yang terletak di tengah-tengah pekan Lundu. Inilah tempat yang digemari para pengunjung yang datang untuk mengambil gambar pemandangan yang cantik. Selain itu, tempat ini adalah tapak untuk beriadah dan tapak untuk menjalankan program-program yang berlansung di Pekan Lundu.