Tarikh : 12, 17, 20, 26 Julai 2023

 Masa  : 11:00 Pagi - 12:00 Petang       

 Lokasi : PEDi Lundu / Luar PEDi

 Peserta : 6 Orang

Tujuan :

Kelas ini bertujuan untuk mengajar dan membimbing usahawan mengenai pengurusan kewangan yang betul serta sistematik. Ianya juga bertujuan untuk memastikan usahawan dapat mengurus kewangan perniagaan dengan baik dan teratur supaya dapat mengenal pasti sama ada perniagaan tersebut mencapai keuntungan atau kerugian. Selain daripada itu, Kelas Pengurusan Kewangan Peribadi bertujuan untuk memberi kita pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan peribadi kita sendiri bagi membolehkan diri kita tidak terasa terbeban dalam membuat perbelanjaan, di samping membayar hutang-hutang peribadi. Sehubungan dengan itu, kelas ini juga bertujuan untuk membuka minda para usahawan dan juga bakal usahawan yang ingin berjaya dalam perniagaan mereka. Mereka diajar ilmu mengenai kemahiran cara pemikiran usahawan untuk lebih berjaya dalam perniagaan. Kelas Agrotechnology, Smart Farming juga diperkenalkan kepada peserta untuk belajar cara-cara penanaman secara moden dan sesuai dengan masa sekarang. Pertanian secara moden juga membolehkan pulangan yang cepat dan mengutungkan.

Aktiviti

Peserta diajar cara untuk pengurusan kewangan sepanjang menjalankan perniagaan supaya mendapat keuntungan. Selain itu, peserta diajar cara pengurusan kewangan peribadi bagi membolehkan kewangan bulanan mencukupi dan tidak terbeban. Di samping itu, peserta juga mendengar perkongsian daripada Usahawan Berjaya yang memberikan mereka kesedaran dalam menjalankan perniagaan seharusnya mempunyai matlamat yang ingin kita capai. Akhir sekali, peserta dapat belajar tentang 'Smart Farming' iaitu cara-cara untuk membuat tanaman mengikut cara moden. Peserta yang mengikuti kelas ini dijalankan secara atas talian.

Gambar Disini