Tarikh : 6 & 24 Julai 2024 Masa : 10:00 Pagi - 4:30 Petang Lokasi : NADI Lundu Peserta : 2 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar menggunakan alat-alat asas dalam Microsoft Word seperti penyusunan teks, pengaturan margin, format teks, dan lain-lain yang berkaitan dengan penulisan laporan supaya dapat menghasilkan laporan yang betul.
Aktiviti
Peserta telah diajar untuk menggunakan Microsoft Word dengan betul bagi menghasilkan laporan yang baik dan kemas.
Tarikh : 12 Jun 2024 Masa : 10:00 Pagi - 11:00 Pagi Lokasi : NADI Lundu Peserta : 1 Orang |
Tujuan :
Tujuan program ini diadakan adalah untuk berbincang dengan pengerusi Koperasi Usahawan Lundu bagi membincangkan program-program keusahawanan yang beteraskan Ai.
Aktiviti
Peserta telah membuat perbincangan berkaitan aktiviti bersama usahawan yang berteraskan Ai kerana pada masa kini ianya boleh memudahkan usahawan terutama dalam membantu mempromosikan produk.
Tarikh : 22 Jun 2024 Masa : 9:30 Pagi - 4:30 Petang Lokasi : NADI Lundu Peserta : 6 Orang |
Tujuan :
Tujuan Kelas Asas Membuat Topi Tradisional Bidayuh diadakan adalah untuk memperkenalkan dan melestarikan warisan budaya masyarakat Bidayuh, serta mengajarkan kemahiran pembuatan topi tradisional yang merupakan bahagian penting dari identiti dan kebudayaan mereka.
Aktiviti
Peserta diharapkan dapat mempelajari dan menghargai warisan budaya Bidayuh, menguasai kemahiran pembuatan topi tradisional, dan menyumbang kepada pelestarian serta promosi budaya tersebut kepada generasi akan datang.
Tarikh : 10 Jun 2024 Masa : 2:30 Petang - 3:30 Petang Lokasi : NADI Lundu Peserta : 2 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu usahawan dalam membuka kedai secara online iaitu melalui platform Shopee di samping bersembang bersama mereka mengenai produk yang akan di niagakan.
Aktiviti
Peserta diajar untuk membuka kedai di platform Shopee. Mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan cara menjalankan perniagaan di Shopee.
Tarikh : 23 Jun 2024 Masa : 11:00 Pagi - 12:30 Petang Lokasi : NADI Lundu Peserta : 4 Orang |
Tujuan :
Tujuan Aplikasi Engineering.com ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar menggunakan aplikasi engineering.com bagi untuk membuat aktiviti yang berkaitan dengan stem. Selain itu, kelas Space Place ( Explore Earth & Space ) bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada konsep-konsep dasar serta penemuan terbaru dalam ilmu bumi dan angkasa. Kelas ini bertujuan untuk menginspirasi minat dalam sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta meningkatkan pemahaman mengenai planet kita dan alam semesta. Jom Tonton “ Science Experiment" adalah untuk memperkenalkan peserta kepada konsep-konsep dasar sains melalui demonstrasi dan eksperimen yang menarik dan interaktif.
Aktiviti
Peserta dapat menguji minda mereka serta berfikir bagaimna untuk menyelesaikan setiap permainan yang diberikan. Peserta diharapkan memiliki pemahaman yang lebih baik tentang bumi dan alam semesta, semakin berminat untuk belajar lebih lanjut tentang sains dan teknologi. Peserta diharapkan dapat memiliki pemahaman yang lebih baik tentang konsep-konsep asas sains, merasa lebih tertarik untuk mempelajari sains dengan lebih lanjut.