USAHAWAN HANDMADE BEG

 Nama : Upa Anak Hanis

 Umur  : 48 tahun

 Ahli    : 2017

Latar Belakang 

Puan Upa Anak Hanis merupakan seorang rumah tangga sepenuh masa. Beliau mempunyai 4 orang anak dan berbangsa Iban. Beliau menjadikan hobi menjahitnya sebagai salah satu punca pendapatan dengan membuat handmade bag daripada kain jeans, PVC leather dan sebagainya. Beliau juga sering mengikuti expo jualan di peringkat daerah ataupun di luar daerah Lundu untuk memasarkan lagi handmade beg yang terkenal dengan seni jahitan kreatif.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjual secara online dan melibatkan diri dengan PI, beliau hanya menjual produk nya melalui hebahan dengan kawan-kawan sahaja dan mengikuti apa sahaja program-program jualan yang diadakan. Namun dengan cara begitu pulangan modal yang diperolehi tidak lah terlalu banyak. Beliau pada masa itu juga masih belum tahu lagi promosi jualan melalui laman sosial dan sebagainya tambahan pula kurang mahir dalam perkara yang berkaitan dengan ICT. Beliau sering menggunakan facebook hanya untuk berhubung dengan rakan sahaja namun tidak tahu bahawa facebook juga mampu untuk mempromosikan hasil jualan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Selepas melibatkan diri di Pi1m, kini beliau hanya menggunakan media sosial untuk mempromosikan jualan nya seperti whatsapp dan facebook page. Beliau juga mula mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh PI untuk mendapatkan lagi tips-tips menjadi seorang usahawan berjaya. Kini produk-produk yang dijual nya telah mula di promosikan di laman facebook pages beliau sendiri dan ada komuniti daripada luar daerah Lundu juga sudah mula menempah beg kepada beliau mengikut design yang diinginkan.