Pejabat Daerah Lundu

Pejabat Daerah Lundu ialah satu organisasi kerajaan sebagai Penyelaras (Chief Coordinator) ke atas semua aktiviti-aktiviti pembangunan di peringkat daerah Lundu. Pejabat Daerah Lundu membatu penduduk dari segi pembasmian kemiskinan, meningkatkan taraf ekonomi masyarakat dengan projek dan bantuan-bantuan yang telah disediakan. Pejabat Daerah Lundu di bawah Pentadbiran Bahagian Kuching dan diketuai oleh Pegawai Daerah Lundu iaitu Encik Gustian Bin Haji Durani serta dibantu oleh 22 orang kakitangan yang lain.

Antara perkhidmatan yang mereka berikan kepada penduduk di Lundu ini ialah pendaftaran anak angkat, pendaftaran probet, pengurusan lesen perniagaan dan senapang, akuan besumpah dan sebagainya. Pihak Pejabat Daerah Lundu juga mengurus dan menyelia para Ketua-ketua masyarakat dan Ketua-ketua kampung supaya mereka menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan dengan betul tanpa mengabaikan komuniti masing-masing. 

Majlis Daerah Lundu

Pihak Berkuasa Tempatan di daerah Lundu telah dikenali sebagai Majlis Daerah Lundu dan mereka telah mengurus segala perkhidmatan dan keperluan yang diperlukan oleh penduduk Lundu. Antara kemudahan awam yang mereka telah sediakan ialah seperti taman permainan kanak-kanak padang sukan, tempat-tempat rekreasi, jalan raya, pembinaan bangunan kedai dan sebagainya.

Majlis Daerah Lundu telah memberikan perkhidmatan yang terbaik demi untuk menjaga komuniti di Lundu di samping meningkatkan ekonomi daerah Lundu yang terkenal dengan kawasan pelancongan dan menjadi tumpuan pelancong daripada dalam dan luar negara.