Tarikh : 6 Ogos 2022 Masa : 2:00 Petang - 5:00 Petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 17 Orang |
Tujuan :
Kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada komuniti berkaitan produk Asma dan sekaligus membuka peluang perniagaan kepada mereka untuk menambah pendapatan.
Aktiviti :
Peserta telah diajar tentang cara penggunaan produk dan cara penjualan produk dengan betul mengikut undang-undang syarikat mereka.
Tarikh : 14 Ogos 2022 Masa : 2:00 Petang - 5:00 Petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 4 Orang |
Tujuan :
Kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan usahawan dengan Rakan Digital PEDi Lundu. Seterusnya membuat aktiviti-aktiviti menarik untuk usahawan.
Aktiviti :
Peserta telah berkenalan dengan RD PEDi Lundu dan seterunya menerangkan program yang akan diadakan bersama RD dan PEDi Lundu. Peserta juga memperkenalkan produk mereka.
Tarikh : 2 Julai 2022 Masa : 9:00 Pagi - 2:00 Petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 41 Orang |
Tujuan :
Agensi membuka kaunter untuk taklimat, promosi, dan pendaftaran seperti Coway, e-Kasih & CENTEXS
Aktiviti :
Agensi daripada e-kasih telah memberikan taklimat berkaitan dengan bantuan-bantuan yang diberikan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan kelayakan bagi individu yang hendak memohon. Selain itu, agensi daripada Centexs telah memberikan taklimat berkaitan dengan bidang-bidang kemahiran yang ditawarkan oleh Centexs. Mereka juga mempromosikan permohonan kemasukan bagi bulan Oktober yang akan datang. Agensi swasta daripada COWAY telah mempromosikan produk mereka yang memfokuskan kesihatan kepada para komuniti dan mereka juga mengalu-alukan komuniti yang berminat untuk menjadi agen produk COWAY.
Tarikh : 2 Julai 2022 Masa : 10:00 Pagi - 2:00 Petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 17 Orang |
Tujuan :
Peserta telah diajar cara untuk membuka perniagaan di Shopee bagi meluaskan lagi penjualan produk mereka.
Aktiviti :
Kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para usahawan berkaitan e-commerce terutamanya memulakan perniagaan dengan Shopee. Peserta telah belajar cara-cara asas untuk membuka kedai di Shopee dan cara untuk mengemaskini kedai di Shopee.
Tarikh : 16 Jun 2022 Masa : 2:00 Petang - 5:00 Petang Lokasi : Perpustakaan Majlis Daerah Lundu Peserta : 26 Orang |
Tujuan :
Program ini diadakan adalah untuk memperkasakan bidang keusahawanan dalam kalangan golongan muda iaitu memulakan perniagaan menggunakan Facebook Page.
Aktiviti :
Peserta telah di berikan taklimat cara berniaga di Facebook Page dan seterusnya mereka diajar untuk membuat Facebook Page.