Tarikh : 11 Mac 2023 Masa : 9:00 Petang - 1:00 Petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 7 Orang |
Tujuan :
Tujuan program ini dijalankan ialah membolehkan para usahawan penjualan makanan mendapat Sijil Pengendalian Makanan bagi memudahkan urusan perniagaan mereka.
Aktiviti :
Para usahawan mengikuti kelas Pengendalian Makanan ini secara atas talian dan mereka diajar cara-cara untuk mengendali makanan mengikut aspek yang betul.
Tarikh : 17 Februari 2023 Masa : 9:00 Pagi - 1:00 Petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 1 Orang |
Tujuan :
Peserta telah dibimbing untuk membuat resume menggunakan aplikasi Canva bagi memudahkan mereka untuk mencari pekerjaan.
Aktiviti :
Peserta telah diajar untuk membuat resume mengikut cara yang betul dan boleh meyakinkan jabatan atau syarikat luar untuk mengambil mereka sebagai pekerja.
Tarikh : 11 Februari 2023 Masa : 9:00 Pagi - 1:00 Petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Pihak RCC Wordwide memberikan penerangan kepada para peserta asas-asas dalam menjalankan perniagaan dan cara untuk menjadi seorang usahawan.Seterusnya mereka membuka peluang kepada mana-mana peserta yang ingin menyertai mereka dalam penjualan produk.
Aktiviti :
Peserta mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penganjur dan pada masa yang sama ianya boleh memupuk minat mereka dalam bidang keusahawanan bagi menambah pendapatan yang sedia ada
Tarikh : 17 Februari 2023 Masa : 2:00 Petang - 5:00 Petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 2 Orang |
Tujuan :
Peserta terdiri daripada belia lepasan sekolah dan kolej, mereka telah membuka akaun di SPA bagi mengisi kekosongan atau mana-mana jawatan yang mereka minati mengikuti kelulusan yang ada.
Aktiviti :
Peserta telah mengisi jawatan kosong yang ada dan peserta juga diajar untuk sentiasa mengemaskini maklumat mengikut tempoh yang diberikan.
Tarikh : 14 Januari 2023 Masa : 9:00 Pagi - 1:00 Petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 11 Orang |
Tujuan :
Bengkel ini telah disertai oleh peserta Wanita dan mereka telah diajar cara untuk menjaga kecantikan dan kesihatan muka, cara-cara untuk bersolek sekaligus penerangan bagaimana untuk menjadi usahawan produk kecantikan.
Aktiviti :
Peserta telah diajar cara untuk menjaga kesihatan wajah, cara untuk bersolek dan bagaimana untuk menjadi usahawan dalam bidang kecantikan.