Tarikh : 8 Oktober2023 Masa : 9:30 Pagi - 11:30 Pagi Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 7 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini adalah untuk mengajar usahawan tatacara bagi memohon sijil HOME BASED FOOD bagi produk mereka.
Aktiviti
Peserta telah diberikan penerangan tatacara bagi memohon sijil HOME BASED FOOD bagi produk mereka.
Tarikh : 7 Oktober2023 Masa : 9:00 Pagi - 5:00 Petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 6 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini adalah untuk membuat hiasan pada skirt / selampai menggunakan siput yang dipanggil buri untuk menaikkan seri pada skirt/selampai itu.
Aktiviti
Peserta telah diperkenalkan dengan siput kecil yang dipanggil buri dan peserta juga diajar cara untuk memasang buri pada skirt atau selampai.
Tarikh : 21 Oktober2023 Masa : 9:30 Pagi - 3:00 Petang Lokasi : PEDi Kg.Pandan Peserta : 9 Orang |
Tujuan :
Antara kelas dijalankan ialah Kelas Asas ICT iaitu, Microsoft Word, Power-point & Excel. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta membuat surat rasmi mengikut format yang betul (Microsoft Word). Bagi kelas Excel pula adalah untuk mengajar peserta membuat Penyata Kewangan menggunakan Excel bagi memudahkan peserta membuat kiraan. Kelas Power-point bertujuan untuk mengajar peserta membuat slide perbentangan dengan mudah, menggunakan template yang sedia ada.
Aktiviti
Microsoft Office ( Word ), Peserta telah diberi penerangan tentang Microsoft Word dan peserta membuat Surat Rasmi mengikut format yang betul. Microsoft office ( Excel ) Peserta telah diberi penerangan tentang Microsoft Excel dan peserta telah diajar untuk membuat Penyata Kewangan menggunakan excel dengan format yang mudah. Akhir sekali, Peserta telah di beri penerangan oleh petugas tentang penggunaan Microsoft Power Point dan peserta telah mencuba membuat slide perbentangan yang mudah dengan menggunakan template yang ada (Power-point).
Tarikh : 11, 13 & 27 Oktober2023 Masa : 2:00 Petang - 4:00 Petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 12 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini untuk menerangkan kepada para pelajar berkaitan Pengenalan kepada IoT dan kepentingan IoT dalam melakukan aktiviti seharian.
Aktiviti
Memperkenalkan asas Stem-IoT kepada pelajar dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Stem.
Tarikh : 5, 7 & 10 September 2023 Masa : 3:00 Pagi - 5:00 Petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 5 Orang |
Tujuan :
Antara kelas dijalankan ialah Kuiz Pembelajaran dalam talian, Word Search Puzzle & Jigsaw Puzzle. Kelas tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta menjawab kuiz secara dalam talian kerana aktiviti seperti lebih menarik. Selain itu, Word Search Puzzle bertujuan untuk menguji minda peserta dalam mencari perkataan yang tersembunyi dan permainan ini sangat digemari oleh semua orang tanpa mengira usia. Jigsaw Puzzle pula, bertujuan untuk melatih kecekapan di samping menguji kecerdasan minda peserta dalam menyusun setiap kepingan paparan puzzle sehingga menjadi sebuah permandangan.
Aktiviti
Antara aktiviti E-Learning tersebut, peserta telah menjawab kuiz dalam talian yang diberikan oleh petugas. Word Search Puzzle, peserta telah membuat Word Search Puzzle secara dalam talian. Jigsaw Puzzle, peserta telah membuat jigsaw puzzle secara dalam talian.