Tarikh : 5, 7 & 10 September 2023

 Masa  : 3:00 Pagi - 5:00 Petang       

 Lokasi : PEDi Lundu 

 Peserta : 5 Orang

Tujuan :

Antara kelas dijalankan ialah Kuiz Pembelajaran dalam talian, Word Search Puzzle & Jigsaw Puzzle. Kelas tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta menjawab kuiz secara dalam talian kerana aktiviti seperti lebih menarik. Selain itu, Word Search Puzzle bertujuan untuk menguji minda peserta dalam mencari perkataan yang tersembunyi dan permainan ini sangat digemari oleh semua orang tanpa mengira usia. Jigsaw Puzzle pula, bertujuan untuk melatih kecekapan di samping menguji kecerdasan minda peserta dalam menyusun setiap kepingan paparan puzzle sehingga menjadi sebuah permandangan.

Aktiviti 

Antara aktiviti E-Learning tersebut, peserta telah menjawab kuiz dalam talian yang diberikan oleh petugas. Word Search Puzzle, peserta telah membuat Word Search Puzzle secara dalam talian. Jigsaw Puzzle, peserta telah membuat jigsaw puzzle secara dalam talian.

Gambar Disini 

 

Tarikh : 12, 13 & 21 September 2023

 Masa  : 10:30 Pagi - 12:00 Tengahari       

 Lokasi : PEDi Lundu 

 Peserta : 5 Orang

Tujuan :

Antara kelas yang dijalan sepanjang bulan september 2023, Pengurusan kewangan peribadi ( Takaful ), Resume Writing & Business Etiquette and Personal Grooming. Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan insuran takaful kepada peserta dalam mengurus kewangan peribadi. Resume Writing, kelas ini bertujuan untuk membantu peserta dalam menghasilkan sesuatu resume yang menarik dan mampu untuk menarik minat majikan mengambil mereka bekerja. Business Etiquette and Personal Grooming, kelas kali ini bertujuan untuk mengajar peserta dalam tips penampilan diri terutama dalam pemilihan warna baju dan sebagainya.

Aktiviti

Antara aktiviti yang telah dilakukan ialah, peserta mengetahui maklumat tentang kebaikan takaful. Resume Writing, peserta mengetahui cara yang betul dalam menghasilkan resume yang terbaik. Business Etiquette and Personal Grooming, peserta mengetahui cara yang betul dalam menjaga penampilan diri Ketika ke pejabat dan sebagainya.

Gambar Disini

Tarikh : 1, 7 & 25 September 2023

 Masa  : 2:00 Petang - 4:00 Petang       

 Lokasi : PEDi Lundu 

 Peserta : 6 Orang

Tujuan :

Tujuan kelas ini adalah untuk mengajar dan membantu peserta dalam menghasilkan slide perbentangan dalam Microsot Power-point. Selain itu juga kelas in membantu peserta yang ini belajar cara untuk membuat asas plan kedudukan tempat menggunakan Microsoft Word. Kelas asas ICT juga didedahkan kepada peserta dalam pencarian maklumat di aplikasi Google (Kelas Asas ICT). 

Aktiviti

Peserta telah diberi penerangan tentang Microsoft Power Point dan membuat Slide perbentangan dengan tunjuk ajar petugas. Peserta telah di beri penerangan oleh petugas tentang penggunaan Microsoft Word dalam asas untuk membuat Plan Kedudukan tempat dan peserta telah mencuba membuat Plan sendiri dengan tunjuk ajar petugas. Akhir sekali, peserta juga diajar dalam pencarian maklumat melalui aplikasi Google. Mereka telah diberi penerangan tentang apa yang boleh kita cari maklumat di Google dan diberi tajuk oleh petugas untuk mencari maklumat yang berkaitan.

 

Tarikh : 19, 20 & 27 September 2023

 Masa  : 10:30 Pagi - 12:00 Tengahari       

 Lokasi : PEDi Lundu 

 Peserta : 6 Orang

Tujuan :

Antara kelas dijalankan ialah Pengurusan Kewangan perniagaan, Smart Farming dan Pengurusan Sumber Manusia. kelas ini bertujuan untuk membuat aliran tunai kewangan dengan kaedah lansung. Selain itu, Kelas Smart Farming bertujuan untuk memberik tips dan ilmu dalam pertanian moden yang boleh memberikan keuntungan yang tinggi dan cepat berbanding bertani secara tradisional, di samping boleh menjimatkan tenaga pekerja. Kelas Pengurusan Sumber Manusia, kelas kali ini memberi penerangan tentang Latihan Pekerja dan menerangkan bagaimana sesuatu Latihan itu dibuat sehingga tidak memberikan kerugian kepada Syarikat.

Aktiviti

Antara aktiviti kelas Pengurusan Kewangan Perniagaan, peserta diajar untuk membuat aliran tunai kewangan dengan kaedah lansung bagi memudahkan aliran kewangan perniagaan. Selain itu, Kelas Smart Farming peserta diberi tips dan ilmu dalam pertanian moden yang boleh memberikan keuntungan yang tinggi dan cepat berbanding bertani secara tradisional, di samping boleh menjimatkan tenaga pekerja. Akhir sekali, kelas Pengurusan Sumber Manusia, peserta mendengar penerangan tentang Latihan Pekerja dan menerangkan bagaimana sesuatu Latihan itu dibuat sehingga tidak memberikan kerugian kepada Syarikat.

Gambar Disini

Tarikh : 22 September 2023

 Masa  : 2:30 Petang - 4:30 Petang       

 Lokasi : PEDi Lundu 

 Peserta : 3 Orang

Tujuan :

Tujuan kelas ini adalah untuk memperkenalkan DIY 3D Hologram dalam kalangan peserta dan mereka boleh melihat sendiri bagaimana 3D Hologram itu berfungsi.

Aktiviti

Peserta telah ditunjukkan dengan video membuat DIY 3D Hologram. Selain itu, peserta juga membuat 3D Hologram sendiri dan melihat bagaimana ianya berfungsi.

Gambar Disini