Tujuan

Memberi penerangan kepada para pelajar berkaitan Klik Dengan Bijak supaya mereka sentiasa menggunakan Internet dengann betul dan tidak menjadi mangsa jenayah siber. Selain itu, mereka juga diterangkan berkaitan Check Your Label supaya mereka tidak ditipu semasa membeli peralatan komunikasi dan bertujuan mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.

Aktiviti

Pelajar telah diberikan taklimat dan tayangan  berkaitan dengan Klik dengan Bijak iaitu Buli Siber, Penipuan Kewangan, Scammer dan sebagainya supaya mereka sentiasa behati-hati ketika mlayari internet.Pelajar telah diberi taklimat berkaitan Check Your Label untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah.

Gambar Disini

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar sekolah menengah untuk membuat kerja kursus mengikut format yang betul supaya kerja yang dihasilkan boleh memuaskan hati penyemak. 

Aktiviti

Peserta telah diberikan satu contoh tugasan kerja kursus, kemudian dia telah diarahkan untuk membuat mengikut skop jalan kerja yang telah diberikan.Kerja kursus tersebut telah dihasilkan dengan menggunakan Microsoft Word. 

Gambar Disini

 Tarikh    : 16 Jun 2019 

 Masa     : 9.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari

 Lokasi   : Pusat Internet Lundu

 Peserta : 6 Orang 

Tujuan 

Antara tujuan kelas ini di adakan adalah untuk memperkenalkan asas penggunaan Microsoft Word dan membuat profil masing-masing dalam bentuk biodata.

Aktiviti 

Peserta telah diarahkan untuk membuka Microsot Word.Mereka diarahkan untuk membuat Biodata mereka mengikut kreativiti sendiri dengan mengaplikasikan apa yang telah diajar. 

Gambar Disini

 

 

Tujuan

Seramai 10 orang peserta telah mengikuti kelas Ulangkaji Bahasa Melayu secara atas talian dengan menggunakan Aplikasi Kahoot. Mereka telah diberikan 100 soalan Bahasa Melayu yang merangkumi soalan peribahasa, simpulan bahasan dan sebagainya. 

Aktiviti

Peserta telah diarah untuk menjawap 100 soalan ulangkaji bahasa melayu dan peserta yang mendapat markah terbaik telah diberikan penghargaan.