Tarikh : 10 Mei 2019 Masa : 2.30 - 4.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Seramai 9 orang peserta telah mengikuti kelas Ulangkaji Bahasa Melayu secara atas talian dengan menggunakan Aplikasi Kahoot. Mereka telah diberikan 100 soalan Bahasa Melayu yang merangkumi soalan peribahasa, simpulan bahasan dan sebagainya.
Aktiviti
Peserta telah diarah untuk menjawap 100 soalan ulangkaji bahasa melayu dan peserta yang mendapat markah terbaik telah diberikan penghargaan.
Tarikh : 11 Mei 2019 Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Antara tujuan kelas ini di adakan adalah untuk memperkenalkan beberapa Permainan Pendidikan kepada peserta. Fokus utama kelas kali ini lebih kepada Matematik dan Asas Menaip dan dalam masa yang sama peserta dapat menguji kefahaman mereka dalam Matematik dan Asas Menaip.
Aktiviti
Peserta telah diarahkan untuk membuka aplikasi pembelajaran yang diarahkan dan mereka telah diuji dengan beberapa kuiz atau permainan yang mereka layari. Dengan cara pembelajaran seperti ini, peserta tidak bosan dan sentiasa bersemangat untuk bersaing sesama mereka
Tarikh : 12 April 2019 Masa : 2.00 petang - 5.00 petang Lokasi : SK Stunggang Melayu Lundu Peserta : 60 Orang |
Tujuan
Memberi penerangan kepada para pelajar berkaitan Klik Dengan Bijak supaya mereka sentiasa menggunakan Internet dengan betul dan tidak menjadi mangsa jenayah siber.
Aktiviti
Pelajar dapat mengetahui modus operandi yang sering digunakan oleh scammer untuk menipu.Pelajar juga akan lebih berhati-hati dalam menggunakan internet terutamanya laman sosial.
Tarikh : 23 April 2019 Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 20 Orang |
Tujuan
Mengajar para peserta khasnya usahawan tempatan membuat laman sosial Facebook dan Instagram,seterusnya mereka diajar teknik untuk berniaga atas talian.
Aktiviti
Peserta diajar untuk membuat Facebook dan Instagram.Mereka didedahkan cara menggunakan laman sosial dan teknik berniaga secara atas talian.
Tarikh : 26 Mac 2019 Masa : 10.00 Pagi - 11.30 Pagi Lokasi : Surau Darul Makmur,Kampung Pandan Peserta : 60 Orang |
Tujuan
Memberi penerangan kepada para peserta program Kem Anak Soleh berkaitan Klik Dengan Bijak supaya mereka sentiasa menggunakan Internet dengann betul dan tidak menjadi mangsa jenayah siber
Aktiviti
Pelajar dapat mengetahui modus operandi yang sering digunakan oleh scammer untuk menipu.Pelajar juga akan lebih berhati-hati dalam menggunakan internet terutamanya laman sosial.