Tarikh   : 23 Februari 2018

 Masa    : 2.30 Petang - 5.00 Petang

 Lokasi  : Pusat Internet 1 Malaysia Lundu 

 Peserta : 10 Orang 

 

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 10 orang peserta yang tediri daripada pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah unuk mendedahkan kepada para peserta terhadap media baharu yang mereka boleh gunakan untuk membaca perkembangan luar dan sebagainya namun haruslah digunakan secara berhemah dan tidak salah digunakan. 

 

Aktiviti

Peserta telah diterangkan tetang kebaikan dan keburkan Twitter supaya mereka mempunyai pendedahan awal sebelum mereka akan membuat akaun Twitter mereka sendiri. Seterusnya mereka telah diajar ' Step by step' cara untuk membuka akaun dan menggunakan akaun tersebut ke arah yang positif. 

 

 

 

 

 Tarikh  : 11 Februari 2018

 Masa   : 10.00 Pagi - 1.00 Petang

 Lokasi  : Pusat Internet 1 Malaysia Lundu

 Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Kelas ini telah disertai oleh 5 orang pelajar sekolah rendah. Mereka telah diberikan pendedahan berkaitan penggunaan Microsoft Word dan mereka juga telah diajar untuk menggunakan kamus Bahasa inggeris secara atas talian. 

 

Aktiviti

Setiap pelajar telah diarahkan untuk membuat jadual harian mereka dengan menggunakan ' Table ' di dalam Microsoft Word mengikut kreativiti mereka masing-masing. Selepas itu mereka telah diajar untuk menggunakan kamus Bahasa Inggeris Online dengan memberikan beberapa perkataan Bahasa Melayu dan ditukar ke dalam Bahasa Inggeris. 

 

 Tarikh   : 27 Februari 2018 

 Masa    : 10.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari

 Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia Lundu

 Peserta : 40 Orang 

 

Tujuan

Lawatan Yang Berhormat Datuk Amar Hajah Jamilah Binti Haji Anu ke Pusat Internet 1 Malaysia Lundu bertujuan untuk mengetahui apa sebenarnya perkhidmatan yang diberikan dan disediakan oleh PI1M dan beliau juga membuat sesi dialog bersama dengan usahawan-usahawan. 

Aktiviti

Pengurus PI1M Lundu, Siti Amirah Binti Mohamad Pauzi telah membuat pebentangan berkaitan Pusat Internet 1 Malaysia kemudian Yang Berhormat telah membuat sesi dialog bersama dengan para ushawan-usahawan yang hadir. 

 

 

 

 

 

  

 Tarikh   : 10 Februari 2018

 Masa    : 2.30 Petang - 4.30 Petang

 Lokasi  : Pusat Internet 1 Malaysia Lundu

 Peserta : 10 Orang 

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta dan tujuan kelas ini adalah memfokuskan kepada penggunakan ' Table ' dalam Microsoft Word serta para peserta juga telah diuji dengan permainan uji minda untuk melihat kecekapan peserta dalam mencari maklumat secara online

 

Aktiviti

Kesemua peserta telah diberikan tunjuk ajar dalam membuat ' Table' menggunakan Microsoft Word namun seterusnya mereka harus membuat jadual tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Seterusnya mereka telah dibawa untuk bermain permainan uji minda dengan mencari jawapan yang terdapat dalam internet, siapa cepat dia menang.   

 

 

 Tarikh   : 03 Februari 2018

 Masa    : 2.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet 1 Malaysia Lundu

Peserta : 10 Orang 

 

Tujuan

Seramai 10 orang peserta telah mengikuti kelas ini dan kesemua mereka terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar dalam pembelajaran Bahasa Inggeris secara atas talian. Sepanjang kelas berlansung mereka diarahkan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sahaja. 

 

Aktiviti

Peserta telah diberikan tajuk tugasan dan mereka telah diarahkan untuk mencari maklumat melalui internet selepas itu maklumat yang diperolehi harus di diolah semuala ke dalam Micrsoft Word.