Belajar Internet,Menaip,Mencetak dan Membuat Video

Nama : Hamri Bin Hairolmizan

Umur  : 17 Tahun

Ahli    : 2017  

Latar Belakang

Hamri merupakan seorang pelajar tingkatan 5 di SMK Lundu. Beliau berasal daripada Kampung Semunin Jaya dan juga merupakan anak ke tiga daripada lima orang adik beradik.Hamri telah mula mengikuti aktiviti di Pusat Internet Lundu pada bulan September 2017 dan terus aktif sehingga sekarang. Beliau sering menghabiskan masa lapangnya dengan berkunjung ke PI Lundu sekiranya hendak membuat tugasan sekolah dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hamri pada awalnya datang ke PI Lundu dia beranggapan bahawa PI ini adalah satu tempat seperti Cyber Cafe yang ada di luar. Belia hanya datang ke PI dan membuka you tube sahaja. Pada awal kelas pertama yang beliau ikuti di PI, beliau tidak tahu untuk menaip dengan betul dengan menggunakan Microsoft Word dan sebagainya malah beliau juga tidak pernah menganggap ianya penting pada masa akan datang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Lundu, kini Hamrii sudah mula nampak betapa pentingnya penggunaan ICT ini dalam kehidupan kita malah kini beliau berada di Tingkatan 5 dan kebanyakan kerja Kursus untuk SPM perlu mengguanakan Microsoft Word dan Power Point. Beliau juga telah mahir dalam membuat video sejak mengikuti Bengkel Asas Video dan video pertama yang beliau hasilkan telah mendapat sambutan yang baik sehingga guru-guru di sekolah kini meminta bantuan beliau sekiranya terdapat tanyangan yang memerlukan tayangan video dan sebagainya. Hamri juga telah mampu untuk membuat poster ringkas dengan Microsoft Power Point dan beliau kini sentiasa bersemangat untuk mempelajari ICT dengan lebih mendalam. Beliau juga telah memenangi hadiah tempat pertama dalam pertandingan Dashboard Komuniti untuk pertandingan Boink Ball wilayah Sarawak.

 

USAHAWAN HANDMADE BEG

 Nama : Upa Anak Hanis

 Umur  : 48 tahun

 Ahli    : 2017

Latar Belakang 

Puan Upa Anak Hanis merupakan seorang rumah tangga sepenuh masa. Beliau mempunyai 4 orang anak dan berbangsa Iban. Beliau menjadikan hobi menjahitnya sebagai salah satu punca pendapatan dengan membuat handmade bag daripada kain jeans, PVC leather dan sebagainya. Beliau juga sering mengikuti expo jualan di peringkat daerah ataupun di luar daerah Lundu untuk memasarkan lagi handmade beg yang terkenal dengan seni jahitan kreatif.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjual secara online dan melibatkan diri dengan PI, beliau hanya menjual produk nya melalui hebahan dengan kawan-kawan sahaja dan mengikuti apa sahaja program-program jualan yang diadakan. Namun dengan cara begitu pulangan modal yang diperolehi tidak lah terlalu banyak. Beliau pada masa itu juga masih belum tahu lagi promosi jualan melalui laman sosial dan sebagainya tambahan pula kurang mahir dalam perkara yang berkaitan dengan ICT. Beliau sering menggunakan facebook hanya untuk berhubung dengan rakan sahaja namun tidak tahu bahawa facebook juga mampu untuk mempromosikan hasil jualan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Selepas melibatkan diri di Pi1m, kini beliau hanya menggunakan media sosial untuk mempromosikan jualan nya seperti whatsapp dan facebook page. Beliau juga mula mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh PI untuk mendapatkan lagi tips-tips menjadi seorang usahawan berjaya. Kini produk-produk yang dijual nya telah mula di promosikan di laman facebook pages beliau sendiri dan ada komuniti daripada luar daerah Lundu juga sudah mula menempah beg kepada beliau mengikut design yang diinginkan.

BELAJAR INTERNET,MENAIP,MENCETAK DAN SEBAGAINYA

Nama : Faiznur Khairunnisa Binti Faizul

Umur  : 16 Tahun

Ahli     : 2017

Latar Belakang 

Faiznur Khairunnisa merupakan pelajar tingkat 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu Sarawak. Beliau berasal dari Kampung Sileng Melayu, Lundu Sarawak. Faiznurmerupakan anak kedua daripada enam adik beradik dan merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu masalah sumbing sejak lahir.  Setiap kali cuti sekolah dan pada sebelah petang beliau selalu menghabis masa lapang beliau untuk mengukuhkan lagi kemahiran dengan mengikuti latihan ICT dan aktiviti di PI supaya tidak ketinggalan dengan rakan-rakan nya yang lain dalam bidang ICT dan sebagainya

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI 

Sebelum melibatkan diri dengan PI beliau kurang mengetahui tentang cara-cara pengunaan Microsoft office dan tidak tahu akan kepentingan dan fungsi Microsof office dalam membuat kerja malah beliau hanya tahu Microsoft Word untuk menaip sahaja. Beliau juga kurang mahir dalam penggunaan Internet dalam mencari maklumat apabila ada tugasan yang diberikan . Sebelum ini, Faiznur tidak berapa mahir dalam penggunaan internet dan juga MS Office dalam mencari maklumat, membaca isu-isu semasa menerusi online serta melakukan kerja-kerja yang melibatkan Microsoft Office. Beliau juga tidak beberapa mahir tentang cara-cara penggunaan komputer dalam memudahkan kerja seharian dan sebagainya.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui latihan yang diadakan di PI, Faiznur kini boleh menyelesaikan tugas dengan mudah. Beliau juga mengetahui lebih banyak cara dan kegunaan Microsoft serta boleh membuat pelbagai slide serta mengedit tugasan yang di berikan kepada beliau.Disamping itu juga, Faiznur telah menjadi salah seorang sukarelawan PI dan telah boleh membantu rakan-rakan nya dalam mencari maklumat secara online, membuat kerja dengan Microsoft Office dan sebagainya. Beliau juga banyak mengikuti aktiviti kuiz dan sebagainya yang dianjurkan PI dan setiap pertandingan yang dipertandingkan beliau adalah salah seorang daripada pemenang nya.